ZA
Pitching Cerita Malaysia 2026
MAKLUMAN RASMI KEPADA SEMUA AHLI PFM
Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) dengan sukacitanya memaklumkan bahawa penyertaan bagi program:
Pitching Cerita Malaysia 2026
“Di Mana Cerita Hebat Menemui Skrin”
kini dibuka kepada semua syarikat produksi yang berdaftar sebagai ahli PFM.
Program ini merupakan satu platform eksklusif yang memberi peluang kepada ahli PFM untuk membentangkan idea original bagi kategori berikut:
* Telefilem (90 minit)
* Drama Bersiri (44 minit x 13 episod)
* Micro Drama (2–3 minit x 45 episod)
Genre cerita adalah bebas mengikut kreativiti masing-masing. Namun, setiap kandungan mestilah mematuhi garis panduan yang ditetapkan serta mengambil kira aspek agama, sensitiviti budaya, politik, ekonomi serta tidak menimbulkan kegusaran awam.
Penyertaan amat digalakkan khususnya kepada syarikat yang jarang atau belum pernah mendapat projek bersama TV3.
Semua proposal hendaklah dihantar dalam format PDF.
Penyertaan yang disertakan dengan video pendek “look & feel” (format MP4) amat digalakkan bagi memperkukuhkan pembentangan serta memberikan gambaran visual yang lebih jelas, meyakinkan dan berimpak terhadap cadangan projek.
Tarikh Dibuka Penyertaan: 06 April 2026
Tarikh Tutup Penyertaan: 30 April 2026
Had Penyertaan: Maksimum 3 proposal bagi setiap syarikat
Semua proposal hendaklah dihantar melalui emel:
pitching@pfm.org.my
Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Urus Setia melalui WhatsApp:
+603-4108 8660
Program ini dianjurkan oleh PFM dengan sokongan Media Prima, Content & TV Networks serta TV3.
Sekian, terima kasih.
Urus Setia
Pitching Cerita Malaysia 2026
Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM)